FAQ Hulul Gold

Soalan lazim sebelum jual emas.

Jawapan ringkas untuk pelanggan yang mahu semak harga buyback, jual emas lama, emas rosak, emas tanpa resit, atau emas dalam pajak.

Boleh jual emas tanpa resit?

Boleh. Hulul Gold boleh bantu semak emas walaupun tiada resit. Harga akhir tetap bergantung kepada ujian ketulenan, mutu, berat, dan keadaan barang semasa pemeriksaan.

Boleh jual emas rosak, putus atau kemek?

Boleh. Kami menerima barang kemas rosak, putus, kemek, lama, atau preloved. Keadaan fizikal akan diperiksa terlebih dahulu sebelum harga akhir disahkan.

Bayaran dibuat macam mana?

Bayaran dibuat selepas akad jual beli dan pengesahan harga. Kaedah bayaran boleh dibuat secara tunai atau instant online transfer mengikut kesesuaian transaksi.

Perlu booking dahulu sebelum datang?

Walk-in ke cawangan boleh dibuat dalam waktu operasi. Namun, pelanggan digalakkan WhatsApp dahulu untuk semak kadar semasa, lokasi cawangan, dan kesesuaian masa.

Terima emas dalam pajak atau Ar-Rahnu?

Ya, Hulul Gold boleh bantu urusan semakan emas dalam pajak atau Ar-Rahnu. Sila hubungi team kami terlebih dahulu supaya proses dan dokumen berkaitan boleh disemak dengan jelas.

Adakah harga buyback sama setiap masa?

Tidak. Harga buyback boleh berubah mengikut pergerakan harga emas dunia, spread semasa, mutu emas, berat, dan keadaan barang. Paparan harga di website adalah rujukan awal.

Hulul Gold terima silver juga?

Ya. Hulul Gold membeli silver bar, silver coin, silver granule, dan item silver tertentu mengikut kadar semasa serta pemeriksaan fizikal.